Alhamdulliah. acu adib selamat bertunang pada 17 june yang lepas. abi doakan semoga pertunangan acu adib ni kekal sehingga ke jinjang pelamin seterusnya semoga bahagia untuk selama-lamanya bersama bakal adik ipar abi ni. Nasihat abi kepada acu adib, jagalah adab pergaulan selama dalam pertunangan ini. Pasti akan ada banyak lagi dugaan dan cubaan yang akan datang nanti. semoga kalian tabah dan banyak bersabar dalam mengharungi masa hadapan yang penuh dengan ranjau kehidupan. Pertunangan bukanlah satu lesen untuk kalian bebas berbuat apa saja tp satu ikatan untuk kalian mengenali hati budi masing2. Hindarkan dari melakukan sesuatu yang bisa menguris hati dan perasaan masing2. akhirukallam dari abi adib . semoga acu adib bahagia hingga ke anak cucu dan abi doakan semoga jodoh kalian kekal hingga ke anak cucu... amin ya rabbal alamain...
untuk melihat gambar yang lain sila ke link ini http://suciey83.fotopages.com/
No comments:
Post a Comment